Tusyen Hutan : Asas Pendaki, Orienteering dan Map Reading

Author: Sitiawa Mohd Noor

(FB: Sitiawa Mohd Noor IG: @sitiawamohdnoor)

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera

Di sini saya ingin berkongsi ilmu perhutanan bersama lebih 20 orang pendaki di CORE Republic, Taman Melati, Kuala Lumpur malam tadi.

Terima kasih Tuan Azman dan Encik Itek di atas perkongsian ilmu perhutanan yang sangat bermanfaat ini.

Ketika sesi bersama Tuan Azman, kami diajar 3 perkara asas:

  1. Kenal peta (map reading)
  2. Cari kedudukan atas peta
  3. Cari bacaan latitude dan longitude

Aduhai! Kali terakhir baca peta ketika saya di tingkatan 4 dahulu di dalam kelas subjek Geografi. Ilmu ini banyak menggunakan terma yang jarang didengar dan lebih afdal berguru di dalam kelas. Terlalu complicated.

Kepentingan ilmu orienteering dan map reading bukan sekadar meliputi daratan malahan juga di udara dan lautan.

Oh ya! Kumpulan saya berjaya memenangi aktiviti orienteering di mana kami dikehendaki mencari beberapa titik kawalan yang diletakkan di dalam topographical map dan memberikan bacaan yang tepat di atas kawasan yang telah ditentukan oleh Tuan Azman.

Tugasan ini menuntut navigational skills menggunakan peta dan kompas untuk navigate dari satu point ke point yang lain. Rasa macam dalam pasukan military pula.

Kami telah dianugerahkan sekeping patch dari kelab Hiking and Recreation Around Malaysia (HARAM) yang baru keluar dari ‘oven’. Patch ini masih belum lagi dijual di pasaran.

🏃🏻Asas Pendaki

Pendaki harus mencari maklumat tentang jarak perjalanan, ketinggian, muka bumi, cuaca, water point dan lain-lain sebelum mengambil keputusan mendaki bukit atau gunung.

Pendaki juga harus mengetahui pace atau kemampuan sendiri. Adalah tidak digalakkan slow hiker menyertai kumpulan line-up hikers yang laju.

Tugas seorang ‘Gogo’ menyediakan hal yang berikut:

  1. Ground
  2. Ration
  3. Permit
  4. Insurance
  5. 4WD dan lain-lain

⛰ Tips Pendakian:

  1. Sekiranya sesat ketika turun dari puncak, kalian patah balik semula jalan ke puncak. Berkemungkinan kalian akan berjumpa dengan pendaki lain yang baru turun dari puncak. Isyarat komunikasi juga akan lebih jelas ketika berada di puncak.
  2. Jangan panik. Ingat semula landmark ketika dalam pendakian. Contohnya, ketika mendaki kalian berjumpa dengan 3 anak sungai dan 5 batang balak tumbang, pastikan kalian berjumpa dengan situasi yang sama ketika turun.
  3. Tagging ahli keluarga dan sahabat terdekat ketika memuat naik status dengan memaklumkan lokasi, tarikh masuk dan keluar hutan serta anggaran masa tiba ke rumah masing-masing.
  4. Maklumkan nama waris dan nombor yang patut dihubungi ketika kecemasan kepada penganjur.

Peralatan yang wajib dibawa:

  1. Wisel
  2. Pisau Kecil
  3. Lampu kepala
  4. Pemetik api
  5. Peti kecemasan (asas)
  6. Baju hujan dan lain-lain

Kalian boleh memuat turun 2 aplikasi yang boleh membantu kalian semasa pendakian.

  1. Rain Alarm

Aplikasi ramalan cuaca ini lebih menfokuskan kepada cuaca hujan. Antara muka Rain Alarm ini pula kelihatan seperti radar cuaca yang biasa kita lihat dalam laporan kaji cuaca di kaca televisyen, di mana keadaan cuaca diklasifikasikan mengikut warna dalam radar.

  1. ViewRanger

Aplikasi GPS offline mode (tidak perlu signal) ini dapat mengetahui jumlah waktu yang diperlukan untuk sampai ke check point berikutnya sehinggalah ke puncak.

Nature Lover 👓
Cik Awa

Maaf sekiranya ada fakta yang tidak tepat. Mohon tegur saya ✌🏼

(FB: Sitiawa Mohd Noor IG: @sitiawamohdnoor)

[po_type tag=”h3″ ]Gallery[/po_type] [po_section full=”1″] [po_column width=”12″ top=”0″ bottom=”0″ side=”0″ animation=”move-up”] [po_lightbox_carousel columns=”3″] [po_lightbox img=”7505″ icon=”1″] [po_lightbox img=”7504″ icon=”1″] [po_lightbox img=”7503″ icon=”1″] [po_lightbox img=”7502″ icon=”1″] [po_lightbox img=”7499″ icon=”1″] [/po_lightbox_carousel] [/po_column] [/po_section]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *