apa itu BPA FREE???

GAMBAR 1 : tulisan BPA FREE pada bungkusan

Biasa kan tengok ada orang kata “BPA Free” dekat bekas-bekas makanan? Dan buat masa ni, adalah normal untuk produk-produk bekas makanan tersebut adalah pada harga yang sedikit mahal jika nak dibandingkan dengan produk yang tanpa tulisan BPA FREE. Jadi, apa tu BPA FREE?

APA ITU BPA?

GAMBAR 2 : BPA = Bisphenol A

  • BPA itu bermaksud Bisphenol A. BPA merupakan salah satu bahan kimia yang digunakan didalam industry pembuatan plastik polykabornat dan resin, daripada tahun 1960an lagi.
  • BPA boleh dijumpai pada plastik polikarbonat dan resin epoksi. Plastik polikarbonat kebiasaanya digunakan didalam pembinaan bekas makanan dan minuman, seperti botol air. Resin Epoksi pula disadurkan ke bahagian dalam produk yang berunsurkan besi seperti tin makanan, dan saliran paip.

GAMBAR 3 : ada apa dengan BPA?

KENAPA DENGAN BPA?

  • Melalui beberapa kajian, diperkatakan bahawa lebihan BPA yang tidak digunakan semasa tindakan penghasilan bekas plastik boleh menyerap kedalam makanan atau minuman bilamana bekasnya mengandungi BPA.
  • Pendedahan kepada BPA dikhuatiri mengundang kepada masalah kesihatan kepada otak, kelenjar prostat dan kepada kanak-kanak.
  • Kajian tambahan juga menunjukkan kebarangkalian kaitan BPA dengan tekanan darah tinggi, mengganggu sistem hormon badan dan juga mengurankan kesuburan
  • jika terdedah pada BPA di peringkat awal usia, dipercayai akan mempengaruhi berat lahir, pembentukan hormon, kelakuan dan risiko kanser pada peringkat dewasa.
  • Walaubagaimanapun, U.S FDA (Food and Drug Administration) menekankan bahawa BPA adalah selamat jika pendedahan adalah pada tahap yang rendah/minima.

APA NAK BUAT?

  • BPA ni sekadar wujud dalam dos/skala yang kecil sahaja.
  • namun BPA akan lebih banyak terhasil apabila bekas plastik tersebut terdedah pada suhu yang tinggi, atau apabila botol/bekas tersebut telah digunakan banyak kali
  • Jika berkemampuan dan memang sering menggunakan cawan/pinggan/mangkuk plastic ketika berkhemah, disarankan untuk menggunakan produk plastic yang BPA FREE.
  • dengan adanya label BPA FREE, ini menambahkan keyakinan bahawasanya makanan dan minuman itu adalah selamat untuk diambil
  • walaupun mempunyai tanda BPA FREE, tidaklah bermaksud ianya bebas 100% kerana lebihan tetap ada, namun dalam kuantiti yang sangat sedikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *