HYPOTHERMIA

Serangan Hypothermia boleh berlaku kepada manusia dan amnya kepada pendaki gunung pada bila-bila masa tanpa mengira lokasi. Ianya boleh berlaku pada tahap yang ringan (1) sehingga kepada tahap berat (4). Kebiasaannya, ia berlaku di lokasi yang sejuk/basah/berangin khususnya di tempat yang tinggi.

MAKSUD

Hypothermia adalah keadaan bilamana berlaku penyurutan suhu badan normal (37 darjah celsius). Ianya boleh bermula pada tahap bilamana suhu badan mencecah 35 darjah celsius. Dalam keadaan yang lebih teruk, suhu badan akan jatuh sehingga ke takat 27 darjah celsius.

TAHAP DAN SIMTOM

  1. TAHAP 1
    • Anggaran suhu : 32 – 35 darjah celsius
    • SIMTOM
      1. meremang bulu roma
      2. kulit, tapak tangan dan tapak kaki terasa sejuk
      3. menggigil
  2. TAPAH 2
    • Anggaran suhu : 27 – 32 darjah celsius
    • SIMTOM
      1. tidak menggigil
      2. rasa tidak selesa
      3. rasa keliru
      4. gangguan koordinasi badan
      5. pernafasan menjadi perlahan
      6. nadi menjadi perlahan/lemah
  3. TAHAP 3
    • Anggaran suhu : 20 – 27 darjah celsius
    • SIMTOM
      1. tidak menggigil
      2. tidak sedarkan diri
      3. pernafasan terlalu perlahan dan lemah
      4. nadi terlalu perlahan dan lemah
  4. TAHAP 4
    • Anggaran suhu : rendah daripada 20 darjah celsius
    • SIMTOM
      1. tidak menggigil
      2. tidak sedarkan diri
      3. tiada nafas
      4. tiada nadi

PUNCA UTAMA

  1. Radiation / Radiasi
    • MAKSUD : Apabila angin disekeliling adalah jauh lebih sejuk dariapda suhu badan
    • CONTOH : apabila berada di kawasan yang sejuk suhunya seperti di Genting Highland
  2. Conduction / Pengaliran
    • MAKSUD : apabila berlaku aliran haba disebabkan oleh sentuhan dengan objek yang lebih sejuk
    • CONTOH : apabila pendaki duduk diatas lantai salji tanpa alas, suhu badan pendaki akan mengalir/diserap ke permukaan salji
  3. Convection / Perolakan
    • MAKSUD : apabila angin melalui tubuh dan membawa pergi haba badan.
    • CONTOH : Berlaku apabila persekitaran berangin, khususnya angin kuat. Walaupun bukan di kawasan bersuhu rendah, pukulan angin akan merendahkan suhu badan. Ini diaplikasikan dalam penggunaan kipas.
  4. Evaporation / penyejatan
    1. MAKSUD : Apabila peluh/air daripada pakaian sejuk menyejat ke udara, dan membawa haba badan keluar.
    2. CONTOH : Berlaku apabila pendaki telah berpeluh dengan banyak, atau setelah meredah sungai, atau setelah/ketika hari hujan.

4 KEBIASAAN PENDAKIAN DI MALAYSIA DISERANG HYPOTHERMIA

  1. Terlalu penat

Tanpa latihan yang bersesuaian, otot pendaki akan bekerja dengan lebih keras lantas berlaku pembakaran tenaga yang tidak optimum. Ini mungkin disebabkan pergerakan pendaki yang melebihi masa kemampuan biasa (melebihi 8 jam pergerakan) atau pergerakan yang melebihi kemampuan biasa (jarak/altitude) yang lebih jauh dari kebiasaan.

2. Tidak makan

Sememangnya lumrah untuk manusia biasa untuk tidak makan apabila tiada selera. Situasi tiada selera akan timbul biasanya apabila pendaki sudah terlalu penat. Hypothermia mudah menyerang apabila badan sudah kehabisan sumber makanan/minuman didalam badan untuk dibakar menjadi tenaga.

3. Tidak sihat

Terlalu banyak kebarangkalian untuk menjadi tidak sihat/demam di dalam hutan. Mungkin disebabkan jangkitan dan seringkali disebabkan oleh badan yang ‘terkejut’ dengan kerja yang perlu dilakukan. Apabila sakit, bahagian dalaman badan akan fokus kepada memperbaiki tubuh badan lebih daripada biasa, lantas melemahkan badan secara keseluruhan.

4. Terdedah pada dengan gabungan punca

Jangan disangka lokasi yang sama, akan sentiasa memberikan cabaran yang sama. Uniknya gunung di Malaysia adalah ianya akan hujan dan berangin pada bila-bila masa, khususnya pada musim monsoon. Apabila pendaki berada di tempat yang tinggi dan berpengalaman melalui situasi rebut hujan, kebarangkalian untuk serangan hypothermia akan menaik.  

RAWATAN

Langkah rawatan berikut adalah disenaraikan mengikut kepentingan semasanya. Langkah seterusnya perlu diambil mengikut apabila langkah sebelumnya tidak mencukupi.

  1. Pastikan mangsa dalam keadaan sedar

2. Mencari /membuat tempat berteduh daripada air, angin dan hujan

3. Jika pakaian mangsa adalah basah, tukarkan pakaian mangsa kepada yang kering

4. Menambah lapisan pakaian (jaket, windbreaker, sarung tangan, buff). Kaedah ini juga akan digunakan jikalau pakaian mangsa tidak dapat ditukar kerana situasi semasa

5. Meletakkan/memakai pad pemanas (warmer/heat pad)

6. Letakkan mangsa di atas satu lapisan yang bersifat penebat daripada mengalirkan haba ke permukaan lantai yang sejuk, seperti alas lantai atau carrymat.

7. Menyelubung badan dengan selimut kecemasan (Emergency Blanket)

8. Memberi haba dalaman tambahan dengan air suam-panas.

9. Memberi tenaga dalaman tambahan dengan minuman manis / isotonic / tenaga

10. Memberi tenaga dalaman tambahan dengan makanan bergula seperti coklat, gula-gula dan madu

10. Mendekatkan mangsa dengan sumber haba luaran seperti api atau badan pendaki yang sihat.

11. Dapatkan rawatan lanjut di hospital berdekatan

PENCEGAHAN

Sudah pasti, mencegah itu adalah lebih baik dari mengubati. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil oleh pendaki gunung untuk mengelakkan diri/kumpulan daripada seragnan Hypothermia

  1. KAJI LATAR BELAKANG DESTINASI

Supaya tidak jatuh ditimpa tangga, amatlah diseru supaya rakan pendaki membuat kajian terlebih dahulu berkenaan lokasi yang bakal diharungi tersebut. Perkiraan dari sudut jarak jauh, ketinggian gunung, cabaran cuaca, cabaran flora/fauna, keperluan peralatan dan faktor musim adalah antara maklumat penting yang seharusnya diperoleh.

2. LATIHAN

Kalaukan kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga! Pastikan fizikal diri sudah bersedia untuk menempuh perjalanan ekspedisi yang dirancang. Semakin sukar/hardcore ekspidisi tersebut, sudah pasti memerlukan latihan yang lebih intensif dan konsisten. Ini supaya badan anda tidak bekerja lebih keras dan menghasilkan haba yang lebih/tidak diperlukan.

3. SENTIASA BERTENAGA

Untuk memastikan bahawa diri sentiasa segar, pastikan diri sentiasa mendapat bekalan tenaga dari makanan dan minuman yang mencukupi dan bersesuaian dengan kehendak ekspidisi. Pada masa sama, juga dititik beratkan untuk memastikan diri mendapat tidur yang cukup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *