Kenali Bidang Kuasa Hutan

Article / Featured / Information

Admin
September 11, 2019

Share

Kenali Bidang Kuasa Hutan

Sedikit info asas bagi anda yang masih tidak tahu tentang asas kawasan hutan di Semenanjung Malaysia.

Sebenarnya terdapat empat jenis kawasan hutan atau hutan yang diuruskan di bawah kategori berbeza dan diuruskan oleh agensi berbeza di Semenanjung Malaysia.

Terdapat kawasan hutan yang dilindungi sepenuhnya seperti Taman Negara, Rizab Hidupan Liar dan Taman Negeri. Maknanya kawasan huta  ini memang tidak boleh diganggu, dimusnahkan mahu pun dibalak.

Namun jangan terkejut bahawa kawasan HUTAN SIMPAN sememangnya boleh dibalak dan dieksploitasi.

Kerana di bawah Seksyen 10 (1) Akta Perhutanan Negara 1984, di bawah kawasan hutan simpanan kekal terdapat dua kategori besar lagi iaitu HUTAN PERLINDUNGAN (yang perlu dilindungi) dan HUTAN PENGELUARAN (yang boleh dibalak secara sistem tebangan memilih (selective loggin) dan juga ditebang secara habis melalui projek pembukaan ladang hutan, Perlombongan, Kuari dan ladang sayur.

Di bawah hutan perlindungan pula, terdapat lapan lagi kelas-kelas hutan simpan yang berbeza (rujuk gambar di dalam ruangan komen).

Di bawah kawasan Hutan Tanah Kerajaan dan juga Hutan Hakmilik pula sememangnya ia boleh dimusnahkan secara habis Kerana tiada peruntukan undang-undang untuk mengawal hutan tersebut mengikut sistem pengurusan hutan lestari.

Sebab itu saban hari kami berjuang supaya pihak kerajaan negeri jangan sewenang-wenangnya memansuhkan/menyahwartaka kawasan hutan simpan dan menukarkannya kepada kawasan hutan tanah kerajaan dan tanah hutan hakmilik bagi mengelakkan hutan itu dimusnahkan sejarah habis dengan cara berlesen.

Oleh itu, sebagai orang awam yang prihatin dan ingin memantau hutan daripada kemusnahan, pertama sekali anda hendak lah memastikan sama ada projek itu Berlesen atau tidak beli sin dan yang paling penting di kawasan manakah ia dijalankan,  supaya kita dapat menghubungi agensi penguatkuasaan yang sepatut nya dan kita tidak tersalah fakta.

Untuk mengetahui status kawasan hutan terbabit, papan tanda yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah boleh menjadi rujukan samada anda boleh melihat pada papan tanda kawasan hutan tersebut ataupun papan tanda lesen pengusahahasilan yang berwarna hijau biru dan hitam masing-masing untuk kawasan hutan simpan, hutan tanah kerajaan dan hutan hakmilik.

Jika anda tidak menjumpai sebarang papan tanda anda bolehlah menghubungi pejabat tanah dan galian negeri ataupun jabatan Perhutanan untuk mengenal pasti di manakah kawasan hutan yang dimusnahkan terbabit.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan bersama sama kita berganding bahu dalam memantau hutan kita daripada dimusnahkan.

*nota kaki: Kami fokus kan tentang kawasan hutan di Semenanjung Malaysia kerana pengurusan hutan di Semenanjung agak berbeza daripada pengurusan hutan di Sabah dan Sarawak

SEBARKAN UNTUK PENGETAHUAN AWAM

credit : Persatuan Aktivis Sahabat Alam

Subscribe

Be the first to get the latest updates, right to your inbox.

Leave Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

We'd love to hear from you

Have any questions? Here's how you can reach us.