TransTitiwangsa – November 1996

Author: Zul Hilmi Hamdun (Bett), Gunung Online

Korbu – Gayong – Yong Belar – Chali Pondok – 3 Boundaries – Blue Valley

1996. Tahun kedua aku mendaki gunung. Setakat ini baru 3 gunung yang aku daki yakni Belumut, Ledang dan Chabang. Kali ini kelab aku iaitu SRC UTM merancang untuk membuat satu ekspedisi besar pada cuti semester nanti. Trans Titiwangsa. Satu ekspedisi yang dikira rare dan hardcore pada waktu itu. Masih boleh dikira dengan jari kumpulan-kumpulan pendaki yang dah buat TransTitiwangsa. Kalau mengikut rekod, kumpulan pertama yang membuka trek ini ialah Persatuan Mendaki Malaysia (PMM) pada tahun 1992. PMM ni ialah antara pioneer kumpulan mendaki gunung di Malaysia. Presiden waktu tu Encik Ramle. Manakala lagi satu kumpulan ialah Association of Backpackers Malaysia (ABM) di bawah Doktor Wong dan Botak Chin. Sila betoi kan kalau ada kesalahan fakta.

Kesukaran untuk mendapatkan guide waktu itu menyebabkan senior aku mengambik keputusan untuk menggunakan khidmat Pasukan Polis Hutan (PPH) Komando Vat 69. Beberapa kali jugak Pengarah Program turun ke Ulu Kinta dari UTM Skudai untuk berbincang dengan pihak PPH. Para Komando nie akan dikira bertugas jadi kena bawak kelengkapan bagai macam nak pegi perang. Tu yang dok ada M16 tu. Setiap malam diorang kena melapor diri ke kem guna radio. Kadang-kadang pakai kod morse. Masa nie la first time tengok peta topo sebab geng VAT69 ni bawak. Peta lama sebab dalam kiraan kaki.  Aku dah lupa ada guna gps atau tak masa tu.

Diorang ada 4 orang semuanya. Sorang bertindak sebagai ketua, sorang unit semboyan, sorang pakar perubatan dan sorang lagi pakar menjejak. Sepanjang perjalanan syok dengar depa nie bercerita pengalaman kejar komunis sepanjang banjaran Titiwangsa terutamanya di sepanjang trek V1 nie.

Antara yang aku masih ingat-ingat lupa ialah kisah diorang buleh kejar kumpulan komunis yang berada 2 minggu kat depan dan dipendekkan jadi 3 hari. Kawasan tempat last depa jumpa campsite komunis tu berdekatan dengan Kem H2O.

Malam pertama bermalam di satu campsite tepi sungai. Aku syak area Kem Agas sekarang nie. Sebab sampai sini dah petang. Masa on the way nak sampai ke sini, buat pertama kali juga aku jumpa bunga rafflesia. Korbu pon ada rafflesia waktu tu. Tapi lepas2 tu dah tak pernah jumpa dah. May be benih dia dah mati semua.

Malam kedua bermalam di permatang antara Bukit Botak dan Chuban. Reason bermalam ni sini sebab dah nak masuk senja. Guide PPH bagi arahan tidur kat situ, maka situ lah kami tidur. Pada pagi hari ketiga, kami dikejutkan dengan berita salah sorang dari ahli ekspedisi terpaksa berpatah balik ke Ipoh sebab kena buasir. Perit weh kena buasir atas gunung. Bawak beg berat lagi, nak mengadap trek hutan lagi. Masak. 2 orang senior aku temankan dia balik. Tapi tu tak mematahkan semangat kitorang untuk meneruskan perjuangan. Demi UTM.

Malam ketiga bermalam di simpang Proton. Alhamdulillah kitorang dah sampai Korbu dan juga Gayong. Korbu masih ada Beirut waktu ni 😁. Jadi sekarang tinggal 2 puncak je lagi iaitu Yong Belar dan Challi Pondok. Bekalan air pulak dah terhad waktu nie. Sebab last water point Korbu tu lah tempat last isi air. Turun dari Gayong menuju ke Yong Belar tanpa air yang mencukupi. Kem Cerek mungkin belum wujud waktu tu.

Malam keempat bermalam di satu kawasan lapang selepas menuruni puncak 6852. Masih tiada bekalan air mencukupi.

Esok harinya, terjumpa sebatang sungai sebelum sampai ke kem H2O. Alhamdulillah. Kalau koram perasan dari belah Korbu sebelum sampai H2O akan lintas satu sungai dulu. Sungai nie lah yang aku maksudkan. Tapi kitorang tak lalu pon Kem H2O. Sebab aku ingat itu lah sungai last yang kitorang jumpa sebelum sampai di last water point Yong Belar (Kem Kuali sekarang).

Malam kelima bermalam di puncak Yong Belar. Alhamdulillah. Misi hampir berjaya. Geng PPH yang asalnya semua berseluar panjang dah tinggal takat lutut je. Semua potong bahagian bawah sebab dah penuh selut.

Esok harinya, kitorang terus shoot keluar ke Blue Valley melalui Challi Pondok dan 3 Boundaries. Alhamdulillah misi sukses.

Aku bersyukur dan bertuah dapat join trip nie sebab dapat tengok live macam mana para komando nie di dalam hutan. Macam mana cara diorang menguruskan kumpulan di dalam hutan. Disiplin gila. Lagi satu, bila petang je dalam pukul 6 gitu, berhenti bukak campsite. Sebab tu ada 3 malam kitorang campsite merata je. Kat mana sempat je. Respek gila dengan bawak peralatan dan senapang. Abang yang bawak radio tu tok sah kata la berat beg nya. Ni baru berapa hari je. Kalau operasi sampai berbulan-bulan lawan komunis. Mungkin ada yang tak tau, komunis kat Malaysia nie hanya konfem betoi-betoi letak senjata tahun 1989. Baru sangat lagi.

Nak bercerita lagi detail pon dah tak berapa nak ingat. Sekadar berkongsi pengalaman tak seberapa sekadar mana termampu.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Bett

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *