Tusyen Hutan : Persediaan Pendaki Wanita

Featured / Information / Story

Admin
July 14, 2019

Share

Tusyen Hutan : Persediaan Pendaki Wanita

Author: Sitiawa Mohd Noor

(FB: Sitiawa Mohd Noor IG: @sitiawamohdnoor)

Jangan ingat pelajar sekolah yang target 8A jer yang pi tusyen.
Nak pi mendaki pun ada kelas tusyen tau.

Tak macam rutin sebelumnya, hari ini 23 April 2019 (Selasa) aku nekad daftar keluar dari pejabat tepat jam 5.00 petang.

Kisahnya pada minggu lepas sedang aku dok asyik scroll down aplikasi media sosial di Instagram (IG), aku tertarik dengan jemputan dari @coreoutdoorshop yang mengiklankan Tusyen Hutan khas buat peserta wanita.

Lebih tertarik lagi lokasi tusyen hanya 7 minit dari rumah aku. Yuran penyertaan sangat mampu milik. Siap ada hidangan makanan ringan di akhir kelas.

Aku yang baru turun dari Gunung Fansipan, Sapa, Vietnam sejak tiga minggu yang lalu masih terasa keterujaan. Benda boleh belajar buat apa sesat tak bertanya.

Ruangan kecil di sudut kedai peralatan pendakian ini padat dengan kehadiran 21 orang pendaki wanita. Ada yang masih bertatih mengenal dunia hutan. Ada juga yang sudah berpengalaman bertahun-tahun bercinta dengan hutan.

Aku tabik dengan kehadiran peserta wanita yang paling awal tiba di kelas tusyen ini. Aku menyapa dengan panggilan Kakak tetapi dimintanya aku memanggil beliau dengan panggilan Mummy. Mummy panggil aku, Adik Padu. Aduhai!

Mummy Rose (57 tahun) dan suaminya (63 tahun) gigih datang dari Melaka untuk menyertai kelas tusyen yang hanya berdurasi cuma dua jam. Mereka berdua merupakan warga emas yang masih aktif menyertai aktiviti outdoor dan sedang melengkapkan pendakian G7. Perghhhh!!!

Kata Mummy Rose di group WA :

“Alhamdulillah. Walaupun Mummy dan suami dah veteran tetapi Alhamdulillah nikmat rezeki kesihatan yg baik, Allah masih lagi bagi kesempatan pada kami untuk mendaki. So, adik-adik jaga pemakanan dan kesihatan”.

Rasullullah s.a.w bersabda, “Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China”.

Benarlah bahawa jarak tidak membataskan kita untuk mencari ilmu sejauh yang mungkin.

Di sini aku kongsikan nota penting sebagai persediaan mendaki khususnya buat pendaki wanita dari Sis Noradiza Saharuddin, seorang pendaki yang berpengalaman mendaki gunung di dalam dan luar negeri.

⛰ Kelengkapan dan Pakaian (2 hari 1 malam)

✔ Saiz beg 30L – 45L
✔ 1 set pakaian tidur, fleece, stokin, buff, sarung tangan dan sebagainya.
✔ Telekung travel yang lebih ringan dan boleh dilipat kecil.
✔ Set mandian dimasukkan ke dalam botol kecil. Cuba dapatkan dari sumber organik supaya air sungai tidak tercemar dengan bahan kimia.
✔ Set electronic dimasukkan ke dalam bekas makanan kalis air.
✔ Sleeping bag, sleeping mat, emergency blanket, penyembur serangga, personal first aid, body/hand warmer, pinggan, cawan, pisau kecil, pemetik api, wisel, lampu suluh, plastik pelbagai saiz, gelung getah, penyodok kecil, botol mineral kosong, tisu kering, selipar dan lain-lain.

🚩PENTING!!!

Masukkan sleeping mat mengelilingi ruang di dalam bagpack secara tegak diikuti plastik hitam yang tebal untuk melindungi barang dari kebasahan. Susun barang didahului barang sederhana ringan di bahagian paling bawah dikuti paling berat, berat dan paling ringan di bahagian paling atas. Walau bagaimana pun kesesuaian penyusunan barang mengikut fizikal pendaki tersebut.

⛰Pengurusan Tuala Wanita

✔ Cuci tuala wanita di mana sahaja terdapat air yang mengalir.
✔ Boleh dilipat terus tanpa dicuci dan bungkus dengan plastic cover tuala wanita.
✔ Bungkus sekali lagi dengan surat khabar, ikat dan masukkan ke dalam beg plastik atau beg makanan berzip.
✔ Bawa bersama semasa turun dari gunung.

🚩PENTING!!!

Jangan tanam atau biarkan di atas tanah kerana material yang terdapat dalam pembuatan tuala wanita tidak boleh dilupus secara semulajadi.

⛰ Penjagaan Kebersihan Diri

✔ Set mandian dimasukkan ke dalam botol kecil.
✔ Botol mineral kosong.
✔ Penyodok kecil untuk menggali lubang ‘hajat kecil dan besar’.
✔ Tisu kering
✔ Plastik

🚩PENTING!!!

Jangan guna tisu basah ketika membersihkan diri dan terus tanam atau tinggalkan di atas tanah kerana material yang digunakan dalam pembuatan tisu basah tidak boleh dilupus secara semulajadi.

⛰ Pembawaan Diri Untuk Ekspedisi
(Sebelum, Semasa Dan Selepas)

✔ Persediaan mental dan fizikal (R.I.C.E)
✔ Melakukan survey ke atas keadaan gunung dari segi suhu, risiko bencana alam, logistik dan sebagainya
✔ Study susunan itinerari
✔ Selidik latar belakang dan reputasi gogo
✔ Menjaga batas pergaulan
✔ Memelihara kehidupan flora dan fauna
✔ Memastikan tahap kerohanian sentiasa dalam keadaan baik
✔ Menyimpan semula peralatan pendakian dengan baik di tempat yang selamat
✔ Menyambung ukhwah persahabatan
✔ Berjodohan dan bahagia sehingga ke jannah. Amin.

Misi aku dan tim pendaki wanita pada tahun 2020, menjelajah ke salah satu lembah terbesar di dunia, Tiger Leaping Gorge, Yunnan, China. Doakan kami.

Sekiranya kalian berpendapat ilmu persediaan pendakian ini bermanfaat, silalah share status ini.

Benda boleh daki buat apa duduk di kaki gunung.

Maaf sekiranya ada fakta yang tidak tepat. Mohon tegur saya ✌🏼

Pendaki Rabun 👓
Sitiawa Mohd Noor

(FB: Sitiawa Mohd Noor IG: @sitiawamohdnoor)

Gallery

Subscribe

Be the first to get the latest updates, right to your inbox.

Leave Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

We'd love to hear from you

Have any questions? Here's how you can reach us.