Panic: Loose Rock

Author: Shafeeq Badek, CORE Republic

sedang leka gua mengekori rakan pendaki dihadapan, dalam kepala secara tiba-tiba berbisik “kawasan loose rock ni, bahaya”. kening menjadi sedikit berkerut melayan akal dan mata yang ngantuk. lantas hati membalas “ni kawasan setiap minggu orang naik. takkan lah ada lagi loose rock oi. dah level kena rogol kot”. dan langkah kuteruskan rapat dengan rakan di hadapan.

tak sampai 10 minit dari bisikan tadi, tibalah disatu kawasan yang perlu dipanjat. 5 minit sebelum puncak Gunung Tok Nenek. sementara menanti rakan hadapan mengatur langkah memaut-panjat tebing, aku secara kosong menoleh kebelakang, melihat Alil jalan sambil karoke. ku toleh ke hadapan semula dan mendongak. dalam masa sama, mengepam lutut mendaki kawasan tebing itu tadi.

ALAMAK! sebuah objek putih sudah kunampak terbang dari celahan akar, tepat ke arah aku! dalam reflek, aku mengemaskan pasak kedua kaki ke bumi, dan tangan kanan ku genggam erat akar yang sudah dipegang. dalam mencuba, aku cuba menutup tangan kiri di atas kepala sambil badan kurebahkan laju ke bumi.

dalam mana tangan kiri sudah melepasi paras dada dalam pergerakan perlahan itu, belum sempat ianya melangkaui paras hidup, mata dapat melihat dari celahan topi dan tangan, objek putih itu melantun dari tebing baru didepan mata dan laju masuk dicelahan, tepat ke mata kiri!

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! masih kuat memori. kutakbir mengerang kepedihan. tiga kali semuanya.

sambil menahan pedih dan sedikit bigor, ku lekatkan badan ke tanah, dan berpusing. baring ditebing dengan selesa. supaya tidak terjatuh ke gaung yang disebelah.

masih pedih. masih bergegar kepala. dalam menanti rakan dibelakang tiba, aku cuba buka mata kiri. kupaksa. GELAP! dari mata kanan sudah aku dapat lihat kelibat Alil mendekati dengan wajah terpinga.

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ku erang lagi. kalini, takbir diucap keras kerana panik. dalam akal sudah secara tiba keluar wajah bonda, isteri dan anak. aduhai tanggungjawab. aduhai pancaindera. aduhai nikmat! masak! aku buta!! aku buta!! badan sudah kurasa mahu meronta seperti kanak-kanak tak mendapat mainan. ditebing yang bahaya.

Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim. kalini, ku ucap halus separa tenang, untuk menenangkan diri yang semakin panik tadi. berkesan. dalam beberapa saat pendek itu, diri sudah berikrar dan redha “kalaulah ini ketentuan, aku terima. kalaulah ini balasan, aku terima. aku terima apa yang menimpa,seadanya. misi sekarang, masih kekal sepertimana misi hari pertama. KELUAR DENGAN SELAMAT!

panik itu hilang. dan dalam Alil mendekati, ku tanyakan “siapa tahu nak buat apa? siapa first aider?” Alil dan rakan dibelakang menggeleng dan mengatakan tiada. aku terus cuba tenangkan lagi diri untuk mendapatkan pemikiran yang lebih terang. kuminta Alil handphone beliau dan dibukakan kamera hadapan. bukan untuk berswafoto tau, tetapi dengan menggunakan mata kanan, aku menilai tahap kerosakan mata kiri. tiada luka pada biji mata. penuh habuk. luka pada kelopak bawah(luar) dan mungkin luka pada kelopak atas(dalam). atau sekadar darah yang masuk mata. dan, tiada tanda bengkak/pendarahan lain. Alhamdulillah.

Alil sudah mula bertanya, siapa ada tisu dan air mineral untuk buat cuci luka mata. dalam masa ini, jiwa dah kembali tenang dan reda. “aku ada Lil. jap tolong bukakan beg aku”. sambil aku meraba mengundur sedikt dari lokasi sekarang untuk kawasan yang lebih lapang dan selesa demi proses merawat.

alhamdulillah. bahana berkilo yang aku bawa dan bernama “first aid kit” akhirnya berkhidmat dengan cemerlang kepada diri sendiri. proses pembersihan habuk yang banyak dalam mata diusahakan Alil dengan bantuan rakan belakang.

mulut mula berkata, “aku gerak balik ja lah. dah takde mood nak kepuncak. lagipun bakal melebgahkan”. cadangan aku ini ditolak lembut Yap dengan mengatakan “elok kedepan je Dek. puncak depan tu je. kawasan lebih besar dan rata. senang nak tengok/tengok”.

hah! betul juga. disebabkan gatal yang teramat, aku terpaksa tutup dulu mata kiri. tapi, nak tutup manual, sedikit sukar kerana mata kanan pun nak tutup sekali. jauh manala mampu ditahan mengenyit. kuminta Alil balutkan mata dan kepala aku ni, biar kelopak mata kurang bergerak.

setibanya dipuncak,aku buka likitan. dan ditekap-tekap kain bandage pada mata. banyak habus ikut keluar melalui air mata. dan datang lagi rakan pendaki yang tolong tiup dan keluarkan habuk. dari masa ke masa, mata semakin berfungsi.

gelap kepada kelabu. kelabu kepada samar. samar kepada separa jelas. dan akhirnya jelas.

alhamdulillah. terus ku balun breakfast pack. terus mula gila gambar. bengkak di mata? biarkan. balik nanti periksa. janji dah boleh pakai tak gatal biji mata. janji boleh jalan. boar bigor sikit. biar pedih bengkak.

dari masa ke masa,terasa macam ada sesi flushing. mata akan pedih dan sangat pedihhhhh, dan berair. pastu ok. makin lama,frekuensi pedih makin merapat. dan setibanya di Kem Lengkuas, itulah yang terakhir. tiada lagi.

Pengajaran 1: Panik itu bahaya. jangan dibawa gurau rakan yangs edang panik. dan bilamana diri sedang panik, cuba untuk tenangkan diri. bukan senang! tapi, KENA TENANG. kalau tidak, akal tak serasi dengan ilmu dan tindakan menjadi hari-biru.

pengajaran 2: jangan sesekali mengorbankan disiplin keselamatan. silap aku kerana mencucuk rapat rakan hadapan di kawasan yang hati sudah mengusik mengatakan “loose rock”. kalau dah sedar bahaya, ambillah langkah sewajarnya. bukan semborono. kalau ada bawa First Aid Kit, disiplinkan supaya sentiasa rapat melekat dengan badan pergerakan.

terima kasih rakan-rakan pendaki khususnya Alil Mahmood yang membantu dan mengambil berat terhadap kecederaan kecil ini. terima kasih gogo Cerro Torre (Ohana) kerana memberi bantuan dan bertanya sampai seminggu lepas trip! terima kasih semua.

rumusan? luka kecik ja. gua yang panik lebih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *