Trans CBR (31 December 2016 – 2 January 2017)

Author: Syaiful Nordin

@coreadventure dan slogannya #ngaumancoreCBR memacu pendaki ke trans kluang (G. Chemendong – G. Berlumut – G. Gua Rimau) bermula pada 31/12/2016 sehingga 02/1/2017. Sempena sambutan tahun baru 2017. Sambut tahun baru di hutan gitu.

Melibatkan 39 pendaki dan diberi pendedahan level kesukaran hanyalah 3/10 dan ketinggian gunung purata 1000m. Semngat kami berkobar2.

-Gunung Chemendong (840m)

-Gunung Berlumut (1010m)

-Gunung Gua Rimau (889m)

kami merupakan group komersial yg kedua ikot trek ni. Feeling kinda rare.

Kami bermula dr masjid Felda Ulu Dengar, menaiki lori menuju ke starting point. Dan disitu ianya bermula.

*Level 3/10 lah sangt

 

Day 1

31/12/2016

Starting point – Puncak Chemendong – Camspite Buntu

(0900-2300)

Starting point melalui trail menyusuri tepi sungai,jeram dan air terjun dgn Permandangan yg mmg indah nian. Dgn kolam2 segala. Mmg rasa asal jumpe je nk tiruk. Jumpe je nk lipat gaya summer solt. Tapi tulah trail die ya ampunnn. Licin! . Sampai nak kene merangkak lah nak elak jatuh punya pasal. Ikotkan hati nak amik berus besi gosok batu satu2 bg kesat. Baru konpinden sikit

 

Lepas cross 23 tingkat air terjun and 14 kolam. Barula nak jumpe track tanah ni. Tapi tulah. Ingatkan dah lega. Rupenye kurang sikit je licinnye 😷. Kene plak time tu hujan membasahi bumi dan pendaki, mmg kecuk kecak la dgn selut. Sriouttt “bunyi tergelincir ke bawah kala mendaki”.  Citenye, Ktrang dalam group komersial yg kedua la masuk pengembaraan ni. So trek seaakan dara and little bit confius. Just follow marking yg dibuat guide kat depan. Ade sekali tu. Terputus dgn orang depan. Dah la hujan. Tp acah yakin kan dgn trek. Jalan punya jalan xjumpe marking. Brenti jap. Cek balik. “Ini trek vavii” haha. Patah balik ke tempat confius tadi. Then barula jumpe trek sebenar selepas membuat sedikit risikan.

 

Pendakian mmg secara berhempas pulas dgn selut. Klu x jerit arghh arghhh tu. Mmg xnaik la 😌. Harapkan akar kecik2 tu jela nak nyampai ke puncak. Salah pijak, mmg kebawah balik. Dah rasa macam panjat papan gelongsor. Salah sikit. Jatuh ke bawah semula tanpa faedah dan cengkeram. Geleng kepala aku (πŸ˜ͺgeleng2). Akhirnya, keperitan berakhir. Ktrang Sampai puncak chemendong lebih kurang pukul 2000. Tarik nafas lega masing2 selepas berjaya menawan puncak gunung di pengakhiran tahun 2016 πŸ’πŸ».  Masa ni, Ak bersama 3orang pendaki, Ktrang kump kecil yg tertinggal sejam kebelakangan and second last group. Biasala. Orang tua mendaki. Mesti la nk berhenti batuk2 sikit.  Berbual2 bnyak. Enjoy the trip padia and surely its faktor usia effect πŸ˜†.

 

Rehat dalam 15min+gambar kejayaan, ktrang bertolak trun. Dipercayai kemsite dalam 2jam trun kebawah. Disebabkan hujan disiang hari. Keadaan trek mmg sangt licin. Dgn trek dah kene bajak lagi dgn orang2 kt depan, mmg nampak mcm sungai selut je mngalir ke bawah. Situasi ini mmg tidak mmberi pilihan kepada kitrang selain lowering our body and start to slide down bebeh. How to slide?. Target batang kayu kat bawah, slide and stanby utk grap. Klu x mmg tersasar dr landasan, laju bak ang!.dah mcm kene kejar kerbau balau speed die. Bile salah teknik dan mula nak tersasar tu. Mula la gelabah nak capai itu ini. Prapp!! Terpegang pokok duri. Mmg menangis xberlagu je. Sedar2 mngalir air mata diiringi dgn peritnya derita seperti cakaran kucing liar klu ko terpijak ekornye masa tgh menketedarah roticanai kt khulafa bistro dgn mata ko yg membesar seperti terlihat crush depan mata lg. Elleyyy.

 

Perjalanan sliding yang seakan tiada penghujungnya akhirnya berakhir lebih kurang jam 2300 selepas terlihat kelibat cahaya kehulu kehilir mnyatakan sampailah jua kami di campsite buntu. Muka kerut kini terukir senyuman kembali. Huhu. Nama buntu diambil sempena pendaki yg akan buntu saat tiba disini. Pandang kiri kanan xtau nak buat ape. Tapi Ak xdela buntu sangt sebab ak sampai2, khemah dah terpacak. Kah3. Sampai tu, letak bag and tunggu nak mandi. Beratoq bak ang. Ramai. Dgn air sebesar sehelai daun sireh lagi. Menadah pun amik masa lama. Masa menunjukkan pukul 12tgh malam. Kami mnyambut tahun baru tanpa mercun bola. Selamat tahun baru semua 😌. Dalam pukul 1 pagi group last sampai. Dinner lambat sikit dalam kol 1.30 pagi centu. Dinner gaya mcm waktu sahur kat mali coner dah. Kol 12-3 pagi centu. Biasalah gaya sahur klu orang kota metropolitan ni. Sahur sebelum tidur, Nak bngun sahur waktu mustajab mmg xla. Mmg keparit. Aku la bukan ko. Ko bngun ak tahu 😌. Pastu masing2 lolaplah sampai paginya nnti.

 

Day 2

01/01/2017

Camsite Buntu – Puncak  Berlumut

(1000 – 1700)

Tukang masak seawal 6 pagi dah mula memerah kepakarannya. Masak sarapan dgn lunch pack. Kami sarapan mee kari dan lpas sarapan, Masing2 load barang dalam pack, guide bagi taklimat. Dan adventure bersama core adventure diteruskan lagi bermula tepat jam 1000 ke destinasi baru iaitu puncak gunung berlumut.

 

Perjalanan bermula dgn pendakian yg separa tinggi kemudian turun lagi.” Ik ik ik naik lagii. Turun lagi ah ah ah naik lagiii” (tetibe). Para Peserta masih bisa tersenyum ketika ini, namun ianya hanyala seketika bila kami berhadapan lagi dgn trek berlumpur syahdu yg melambai2 kala terluncur laju ke bawah. Namun peribadi para pendaki masih utuh sebab mee kari masih tidak mencapai ke usus besar. Dalam tghari centu, kami bertemu sungai and berhenti seketika di lata tangga. Amik gambar dgn masing2 punya gaya. Kemudian teruskan perjalanan naik ke setingkat lagi di atas lata tangga utk berhenti mandi kolam. Syahdunya trip yg lalu2 sungai ni. Segar sentiasa. Lumpur di kaki pun bisa tanggal xsemena2.

 

Perjalanan diteruskan lagi dgn peserta yg seakan baru keluar autocarwash tanpa keretanya dan dgn semangat seperti baru sahaja bermula pada hari pertama. Kami lalu mnyusuri sungai dgn batuan licin lebih kurang 20min dan perjalan diteruskan dgn trek carpet lumpur. Kami berhenti makan lebih kurang jam 1230. Nasi dan lauk yg diisi dalam plastik masuk kemulut dgn lahapnya sambil teringat nasi goreng mak jah kantin sekolah yg xubah gayanya dimamah dr plastik yg dibungkus dgn memakai baju canggih dan kasut jenama pallas. Menyantap santapan nasi putih lauk ayam rendang tgh2 hutan ni mmg Perghh. Tukang masak mmg power πŸ‘πŸ½πŸ‘πŸ½.

 

Perjalanan kepuncak. Nak cite trek mmg same je. Licin dan menggeleng kepala. Tapi excitement bile trek mula diselubungi kabus, rasa sejuk dan lumut2 seakan mossy mula kelihatan. Kala ini, Semangat pun mencelah kembali dr jauh sudut hati. Berkobar2 nak sampai puncak walaupun pendakian semakin memacak tingginya.

 

Dengan keringat yang tak berbelah bagi, akhirnya sampailah ke puncak berlumut pada jam lebih kurang pukul 1600. Aku disambut guider dgn ucapan tahniah. Bangga kejap sambil tertunduk2 malu dgn pencapaian gunung pertama tahun 2017. Huhu. Di puncak gunung berlumut ni Ade sebijik batu besar yg mane ko buleh panjat and menikmati 360 punya view. Tapi rezeki xmnyebelahi kitrang time tu sebab sekitaran penuh kabus tebal dgn tiupan angin kencang. So naik batu utk tgk view kabus and geleng2 kepala biar rambut mengerbangan. The feeling quite owsome that time.

 

Selepas lebih kurang lamanya di puncak.

Kumpulan pendahuluan dgn sweaper bergerak dulu utk setup campsite. Ak amik keputusan tunggu orang belakang kes nak amik feeling lame sikit kt puncak 😌.

 

Puncak berlumut – Campsite CP4

(1800 – 1820)

Xnak cite banyak pasal trek Sebab 20min perjalanan tanpa licin dan daki mendaki2. Trun je dgn steady dan sampai2, banglo setengah ekar dah siap. Campsite CP4 mmg terbaik. Luas. Tanah rata, Cume waterpoint je jauh sikit ke bawah. Dalam 100m jugak la kot. Sabor jela

 

Cite pasal malam. Lepas makan malam Tgh kumpul ramai2. Kitrang mainlah teka teki. Ujian penglihatan lah. Pendengaran lah. And ade satu ujian penglihatan ni buat ak rasa mcm xsekolah. Ak dgn berapa kerat je xdpt time tu. Sampai membawa ke tidur nak fikir. Sangt membuat hati menjadi hiba. Dorang kate nak bg jawapan kt puncak gua rimau esok hari. Xpela. Dalam fikiran ak, ak masih punya bnyak masa lagi utk merungkai misteri ujian tersebut. Angin bertiup kencang, air menitis2 jatuh ke atas khemah. Tap..tap..tap.. Tidurku xlena. Demm

 

Yg gelak tu Jgn sampai ak uji ko plak. Baru kau tahu ape makne x sekolah. Klu ko dah xsekolah maka dalam erti kata lain ko tak xmerasalah makan nasi goreng mak jah dalam plastik kt kantin sekolah tu. Huhu

 

Day 3

02/01/2017

Campsite – Puncak Berlumut – Puncak Gua Rimau

(0900 – 1100)

Pagi tu. Masing2 dgn posisi udang galah. Sejuk la kate body languagenye. Tapi mmg sejuk betul. Kelihatan tukang masak kesorangan sediakan makanan utk breakfast. Muka penuh tanggungjawab. Ak bingkas bangun mengigil. Pagi ni awal sikit. Katanya pukul 0800 bergerak ke puncak gua rimau daypack. Lepas sarapan, sesi pemanasan badan dan taklimat.  0845 kami bergerak. Yess. Knape nak awal sangt pukul 8 segala πŸ˜‚.

 

Seawal perjalanan backtrack ke puncak berlumut mmg xde masalah. Jalan lenggang kangkung dgn beg daypack lagi. Feeling like this time mesti leisure je sampai ke puncak. Guider pun bgtau dalam 2jam je sampaila. Trun dr puncak berlumut menuju ke gua rimau trek masih dalam kawalan lagi alhamdulillah. Masih ade step2 lagi yg boleh dipijak. Sampaila 10 min trun tu. Zrass!. Tapak kasut mula tidak mengcengkam bumi. “We meet again muddy trek 😌😌”. 50 min turun dgn gigih then barulah kembali memanjat dgn penuh kegigihannye dgn struktur trek yg padu diiringi kabus tebal dan suasana hutan separa mossy. Ik ik ik naik laggiii.

 

This wasnt easy though. Perit die lebih kurang nak nyampai puncak chemendong. Dah la pakai daypack bukan load mcm naik chemendong. Kuatkan jelah semangat and manjat dan akhirnya sampailah kami ke puncak gua rimau yg ditutupi pokok2 setinggi 2kali manusia. Tiada view sangt puncak walaupun keadaan semakin panas dan kabus2 mula meninggalkan kawasan. but the most important is. Mission is succeed. Tahniah semua!!

 

Tapi misi ak masih belom tercapai sepenuhnya. Ujian penglihatan semalam masih terngiang2. Nak pikir benda ni penat dia mcm mendaki jugak. Pendek cerita ak dptlah jugak jawapan dgn bantuan guru2 pemahaman kelas pemulihan. Terima kasih kawan2 yg membantu. U just great. Tapi Bile fikir pasal jawapan blik. Suatu perasan yg begitu dungu semakin menebal. Lalu aku lupakan demi masa depan.

 

Kami teruskan dgn acara wajib iaitu bergambar. Gambar statik and freestyle. Tapi pada pemerhatian aku. Dr awal semua dah freestyle. Berebut semua nk kedepan dan menuju ke lensa kamera. Ak semakin tenggelam ke belakang. Be strong syaiful

 

Puncak Gua Rimau – Puncak Berlumut – Campsite CP4

(1130 – 1300)

Dalam perjalanan trun. Ade satu part kt puncak gua rimau boleh nampak puncak berlumut. Masing2 teruja dan amik kesempatan utk bergambar. Ada yg cargas meninggalkan puncak gua rimau. Nak kejar view kt atas batu puncak berlumut katenye sebab masa ni langit cerah. Pergilah anak muda. Ak follow belakang nnti.

 

Datang dan pergi boleh diistilahkan sama je keperitannya. Muka masing2 mula berubah seakan2 terpijak najis tapi tiada tempat utk melesekkan/kesat kembali najis tersebut. Kepayahan menuju puncak berlumut begitu terasa sehingga ke trakea.

 

Kami di puncak berlumut dan berjujuran peluh sehingga menitis ke bumi. Masing2 tarik nafas segar demi memulihkan semangat yg ilang tetapi perut yg lapar ini siapa yg bisa pulihkan?

Time ni. Asal bunyi plastik je mesti terpaling. Begitu automatisnya, lapa dan capek punya angkara. Tibe2 kelihatan biskut ikan keluar dr beg salah seorang pendaki. Tibe2 biskut nmpak begitu mnyelerakan. Selera sehingga dikongsi beramai. Klu kt umah. Nak beli pun tak mahu. Klu xtahu biskut ikan tu xpe. U childhood not owsome enough. Elleyy

 

Bile letih dan mula hilang, bergeraklah masing2 ke campsite selow2 utk makan tghari. Lepas makan, pack and load barang and stanby to move. Hujan renyai2 mula membasahi bumi. Masing2 kesejukan.

 

Campsite CP4 – End Point

(1600 – 2000)

Selesai taklimat dr guide. Perjalanan bermula kembali. Bila aku angkat pack dan get ready. Zappp! Separuh dah peserta ilang trun kebawah. Mmg semangat nak balik betul 😌.

Trek sepanjang trun, bnyak main akar dan xbrapa nak main selut walaupun ade sikit2 licin sebab hujan. Trek agak mnyakinkan sebab ni trek komersial yg diguna pendaki utk ke puncak berlumut dr hutan simpan gunung berlumut.

 

Walaupun timing kluar tersasar jauhnya. Tapi semua para pendaki masih bersemangat dan merasa kepuasan dgn cabaran trip kalini. So, lepas membersihkan diri di masjid. Kitrang singgah melantak dulu kt area bandar Kluang. Then barulah bergerak ikot hala tuju masing2.

 

This is such a great adventure with @coreadventure. Tapi Bile ditanya “anda mahu lagi”. Masing2 menggeleng kepala dan ada sambil mengangkat tangan surrender. Begitu memberi impak. Well this is such an owsome and excitement trip for me. Semoga disajikan lagi dgn cabaran dan alam ciptaanNya dimasa mendatang.

 

Terima kasih kepada @coreadventure (badek, eri, acap, topeng, amien), abam poncho (guider-gogo) abam mamat (guider-sweaper). Kepada kawan lama and baru. Semoga ketemu lagi

Gambar 01: Permulaan bermula di Masjid Ulu Dengar. Then naik lori ke starting point. Lori xsampai pun starting point sebab is kenot masuk la trek berombak2. So we continue with jalan kaki

Gambar 02: Nampak macam tak licin. Tapi ko pijak. Perghhhh. Membuak2 jantung risau jatuh. Itu yg lepas ni ingt nak gosok je pakai berus periuk bagi hilang licin

Gambar 3: some of the 26 air terjun and 14 kolam. Hanya satu je yang sempat aku terjun. Yang lain rendam kaki je.

Gambar 4: group 2nd last sampai puncak. Gunung terakhir 2016. This is puncak chemendong.

Gambar 5: nil ah salah satu keperitan trip ni. Trun dr puncak Chemendong menuju ke campsite. Sliding yg seakan tiada penghujungnya. Be strong Syaiful!

Gambar 6: pagi tahun baru. Kelihatan tukang masak yang nak sambung membute selepas berjaya menghasilkan sarapan dan lunchpack

Gambar 7: pejalanan ke gunung berlumut. Trek masih boleh senyum

Gambar 8: baru sampai di lata tangga. Xsempat nak berehat. Dah ade orang amik gambar. Benci aaa

Gambar 9: lata tangga

Gambar 10: ehh lata tangga lagi. susah betul nak move on. Kah3. Btw, ni orang kampong kawe boh. Kemah keming

Gambar 11: kolam atas lata tangga. Xberapa dalam tapi boleh la nak melemaskan renek2 tu Berehat mandi jap time ni sebab semua xmandi pagi lagi. kah3

Gambar 12: this is the top of Puncak Gunung Berlumut. Penuh kabus daaa. Gunung pertama kitrang tahun 2017. Ada yang mengalir air mata kegembiraan. Yang lain banyak menghembuskan lelah. Masih semangt

Gambar 13: banglo hampir siap di campsite CP4. 20 min from puncah Gunung Berlumut.

Gambar 14: puncak Gua Rimau. Aku menjadi Pandai disinila

Gambar 15: dr kawasan puncak gua rimau boleh Nampak puncak g. Berlumut

Gambar 16: yang ini atas puncak g. Berlumut boleh Nampak puncak g. Chemendong dan jejaka idaman ko. Kah3

 

Gambar 17: lunch hour ala tabligh. Kuali pun kualilahhh

Gambar 17: lunch hour ala tabligh. Kuali pun kualilahhh

Gambar 19: segalanya tidak berakhir disini. Masih ada cabaran mendatang. Penat lelah dirasakan puas. Semangat kembali membara. Katakana tidak utk repeat. yeahhh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *