3 July 2019.
1/5: MENCARI KIBLAT DENGAN MENGGUNAKAN KOMPAS
Bab mencari kiblat zaman sekarang ni, memang mudah bilamana kita mendaki dengan kawan-kawan. Kebiasaannya, mereka (khususnya malim ekspidisi) sudahpun biasa dan tahu dimana arah kiblat. Nak senang lagi, majoriti pendaki sekarang mempunyai Smart Phone dimana aplikasi mencari kiblat boleh di muat turun dengan mudah.
Didalam setiap ekspidisi, saya mendisiplinkan diri untuk menyimpan telefon saya dalam keadaan ‘watertight’ sentiasa. Kerana saya tidak mahu gopoh bilamana hujan, dan kebetulan diri sendiri yang sering cuai/tidak seimbang. Saya mengurangkan kerisauan faktor telefon rosak kerana air.
Pada masa yang sama, disebabkan kompas dan wisel saya telah ‘garikan’ bersama, ianya lebih mudah saya capai berbanding telefon. Mungkin disiplin saya ini berbeza sedikit daripada rakan pendaki lain kerana buat masa ini, saya mengutamakan disiplin susunan barang mengikut ‘needs’ and ‘wants’
2/5: ADA KOMPAS
Sudah pasti, kalau nak cari arah bearing kompas, kita kenalah ada kompas! Saya secara peribadi menggunakan kompas ‘baseplate’ biasa keluaran Naturehike. Sehingga kini, sudah pun digunakan lebih kurang 2-3 tahun. Selain daripada mencari ‘bearing’ kiblat, saya sering menggunakan kompas ini di dalam ekspdisi-ekspidisi merintis dan juga pada ketika ingin mengagak lokasi semasa berpandukan geografi sekeliling.
Untuk kiblat di semenanjung Malaysia, ianya berbeza bagi setiap daerah. Pperbezaan tersebut, adalah terlalu kecil iaitu pada sudut minit dan saat nya. Namun secara majoriti, saya menggunakan sudut 292 darjah. Untuk meyakinkan diri lagi, anda bolehlah belajar ilmu asas dia iaitu ‘Syarat Sah Kiblat’.
3/5: MASUKKAN ANGKA 292 PADA GARISAN
Mula-mula sekali, masukkan (dial) angka 292 kepada garisan tengah (index line). Contoh dia, seperti gambar di atas.
Kalau korang guna kompas selain baseplate dan masih ada ‘dial’ tu, senang la nak tunjuk. Tapi kalau pakai kompas tangkap muat yang sudut darjah pada ‘dial’ dia tidak berapa banyak, maka buat ukuran tembak-tembak aje la kena 292.
4/5: MASUKKAN ‘JARUM UTARA’
Kedua, selarikan jarum utara (magnetic needle) kepada Utara didalam Dial tersebut.
5/5: SIAP!
Selepas anda menyelarikan jarum utara, dimana kompas anda menghadap, disitulah kiblat. Kebiasaannya pada baseplate compass ni, aka nada anak panah (Direction of Travel). Hah, situlah kiblat yang kau cari-cari tu. Apa lagi? Solat la sekhusyuknya.